Thursday, 29 February 2024

Kira-Kira Kos Hidup !


Gambar Duit - sekdr hiasan page !

Assalammualaikum 

Sekdr suka-suka sambil bgi idea ttg kira-kira kos hidup zmn sekrg...

Mna tau berguna

Lebihan  = Pendapatan - Kos Hidup 

Lebihan = ( Pendapatan Tetap  + Pendptan  Sampingan ) - ( Kos Tetap + Kos Tak Tetap ) 

L = ( PT + PS ) - ( KT + KTT ) 

Beberapa keadaan boleh berlaku 

1. L  = 0  iaitu cukup-cukup

2.  Lebihan banyak...bagus..cth RM 500 keatas.

3.  Lebihan sedikit...contoh RM 50 , RM 100...

4.  L negatif...defesit...,,!!!..Kos lebih dari pendapatan !

Nilai lebihan tu lah menentukan tahap kewangan org perseorangan dan keluarga.

Jika cukup-cukup atau lebihan kecil ,yg boleh di buat :

1. Yg biasa - kurangkan kos terutana kos tak tetap ( berubah )

2. Tambah pendapatan - mcm buat bis sampingan ,Ot ,buat 2 kerja atau mungkin cari kerja baru dgn gaji lebih tinggi..

3. Menganalisa semua kos atau perbelanjaan.

- mungkin setengah kos yg ditanggung perlu. - di kurangkan atau kalau tak perlu , tak pyh beli atau guna atau ditunda plan beli atau aktiviti tu..

Dlm hal cost down ...kena kreatif , kos perlu ke tidak , kemestian atau keinginan / kehendak ? Kehendak org memang byklah...fikirlah sendiri...

Setlh kita usaha pengurangan kos dn tambah income , mudah mudahan ada lebihan ( baki ) - ni perlu utk kita buat simpanan ( saving )

Nilai target simpanan sebgi panduan guna formula ni

Simpanan Terkumpul = k x Gaji Asas

Dimana k = 1 ,2 , 3 dn seterusnya

Di awal mula kerja targetlah k = 2

Contoh gaji basic RM 1500 maka target simpanan     2 X RM 1500 = RM 3000.jika target kecil ni tercapai ia seperti bina satu kekayaan " kecil " utk kita.

Simpan sedikit demi sedikit lama-lama jdi bukit ....,😀😀

Dgn simpanan , mudah atasi masalah kewangan seperti kenderaan rosak , kena jln jauh , dll lah

Jika nilai k tu dpt kita tambahkan dari tahun ke tahun sudah tentu keselesaan kewangan mangkin bagus ! Senang cerita pergantungan kpd gaji hujung bulan mangkin kurang. Betul tak ? Ni satu bentuk kekayaan kecil kan ?

Atau pun 

Bagi yg kerja sendiri atau yg berniaga

Simpanan = k x Lebihan Pendapatan

Di mana k = 1 ,2 ,3 dn seterusnya.

Moga berguna tip ini..Amin.

Wassalam


No comments:

Post a Comment

Majlis Di Taska Cucu

Salam 24 Disember 2024 Di Majlis " Graduasi " Di Taskanya.....😃 " Sebahagian dari laluan hidup seorg cucu yg telah dilalui ....