Tip cendol tak mudah pecah
MAJLIS ILMU SURAU ABU BAKAR ASSIDDIQ TMN LAGENDA PUTRA
🗓️ Tarikh : 28 Februari 2024 (Rabu)
⏱️ Masa : Selepas Maghrib
📖 Kuliah : Tafsir Al-Quran
👳♂️ Penceramah : Ustaz Mohamad Faiez (Pegawai Tafsir, Pejabat kadi Kulai)
✨_Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu_
🍃Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka ALLAH memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)
Nota : Dari info semasa kuliah ini disampaikan , Kuliah ini akan di sambung semula selepas bulan Ramadan.Isha Allah
Gambar Duit - sekdr hiasan page !
Assalammualaikum
Sekdr suka-suka sambil bgi idea ttg kira-kira kos hidup zmn sekrg...
Mna tau berguna
Lebihan = Pendapatan - Kos Hidup
Lebihan = ( Pendapatan Tetap + Pendptan Sampingan ) - ( Kos Tetap + Kos Tak Tetap )
L = ( PT + PS ) - ( KT + KTT )
Beberapa keadaan boleh berlaku
1. L = 0 iaitu cukup-cukup
2. Lebihan banyak...bagus..cth RM 500 keatas.
3. Lebihan sedikit...contoh RM 50 , RM 100...
4. L negatif...defesit...,,!!!..Kos lebih dari pendapatan !
Nilai lebihan tu lah menentukan tahap kewangan org perseorangan dan keluarga.
Jika cukup-cukup atau lebihan kecil ,yg boleh di buat :
1. Yg biasa - kurangkan kos terutana kos tak tetap ( berubah )
2. Tambah pendapatan - mcm buat bis sampingan ,Ot ,buat 2 kerja atau mungkin cari kerja baru dgn gaji lebih tinggi..
3. Menganalisa semua kos atau perbelanjaan.
- mungkin setengah kos yg ditanggung perlu. - di kurangkan atau kalau tak perlu , tak pyh beli atau guna atau ditunda plan beli atau aktiviti tu..
Dlm hal cost down ...kena kreatif , kos perlu ke tidak , kemestian atau keinginan / kehendak ? Kehendak org memang byklah...fikirlah sendiri...
Setlh kita usaha pengurangan kos dn tambah income , mudah mudahan ada lebihan ( baki ) - ni perlu utk kita buat simpanan ( saving )
Nilai target simpanan sebgi panduan guna formula ni
Simpanan Terkumpul = k x Gaji Asas
Dimana k = 1 ,2 , 3 dn seterusnya
Di awal mula kerja targetlah k = 2
Contoh gaji basic RM 1500 maka target simpanan 2 X RM 1500 = RM 3000.jika target kecil ni tercapai ia seperti bina satu kekayaan " kecil " utk kita.
Simpan sedikit demi sedikit lama-lama jdi bukit ....,😀😀
Dgn simpanan , mudah atasi masalah kewangan seperti kenderaan rosak , kena jln jauh , dll lah
Jika nilai k tu dpt kita tambahkan dari tahun ke tahun sudah tentu keselesaan kewangan mangkin bagus ! Senang cerita pergantungan kpd gaji hujung bulan mangkin kurang. Betul tak ? Ni satu bentuk kekayaan kecil kan ?
Atau pun
Bagi yg kerja sendiri atau yg berniaga
Simpanan = k x Lebihan Pendapatan
Di mana k = 1 ,2 ,3 dn seterusnya.
Moga berguna tip ini..Amin.
Wassalam
Nasihat Ringkas :
1 Jangan tinggal solat !!!
2.. Bacalah Al Quran...
3. Hubungkan silatulrahim antara adik beradik , sanak saudara dll.
4. Amalkan betsedekah
5. Amalkan pergi ke rumah Allah !!
6. Pelajari sunah-sunnah Nabi..dn amalkan
7. Doa yg baik-baik buat ahli keluarga..fikirlah sendiri !
8. Jaga dn didik ' cucu atuk ' moga jdi insan yg beriman kpd Allah ,berguna kpd agama , masyarakat .dan negara..Amin
Dapat amalkan apa yg ayh tulis ni..Alhamdulilah...Amin...Amin...Amin
Sementara masih ada waktu...bgilah nasihat
Wassalam.
Assalammualaikum
Moga info ni membantu kita menghadapi bulan yg penuh barakah !
Assalammualaikum Semua
Sedang duduk di satu restoran di Kelapa Sawit , tgk tgk wsp terbca satu arikel bagus...apa tu ?
Nak tau bca info di bwh...ni bukan sya yg tulis ya heee..
Foto sekdr hiasan
Sumber Foto - Goggle
*WARGA EMAS, SILA LEBIHKAN BERCAKAP DAN MENULIS WASAP DAN BACA AL QURAN :*
Umumnya, warga emas perlu lebih banyak bercakap & menulis wassAp kepada gruop sahabat2. Doktor yang cakap bagus. Lihat laporan di bawah:
Doktor kata, Pesara atau warga emas harus bercakap dan lebih banyak menulis kerana pada usia tua begini tiada cara untuk mengelakkan kehilangan lemah permikiran serta ingatan. Satu-satunya cara ialah bercakap dan menulis lebih banyak kepada teman2, Terdapat sekurang-kurangnya tiga faedah untuk warga emas jika mereka lebih banyak menulis serta bercakap sentiasa sehat dan cergas.
*_PERTAMA-_* Bertutur dan menulis memastikan otak sentiasa aktif, kerana bahasa & pemikiran berkomunikasi antara satu sama lain, terutamanya apabila bercakap, menulis dengan cepat, yang secara semula jadi menghasilkan refleksi pemikiran yang lebih cepat dan juga meningkatkan daya permikiran dan ingatan. *Warga emas yang tidak suka bercakap atau menulis, lebih mudah hilang ingatan*.
*_KEDUA-_* Bercakap dan menulis menghilangkan banyak tekanan, mengelakkan penyakit mental dan mengurangkan tekanan. Jika sering tidak berkata serta tidak menulis apa-apa, membuatkan anda memendam dalam hati dan menyesakkan diri sendiri. Memang benar, berkomunikasi adalah lebih baik untuk memberi peluang kepada berfikir untuk bercakap dan menulis mengaktifkan otak untuk melahirkan idea untuk di catitkan,
*_KETIGA-_* Bertutur boleh mengaktifkan otot muka & pada masa yang sama, melatih tekak dan juga meningkatkan kapasiti paru-paru, pada masa yang sama, ia mengurangkan risiko kerosakan mata & telinga dan dapat mengurangkan risiko terpendam seperti pening & Pekak.
*_SECARA RINGKAS,_* warga emas terutama pesara satu-satunya cara untuk mencegah Alzheimer adalah dengan bercakap serta menulis sebanyak mungkin dan berkomunikasi secara aktif dengan orang ramai, di galakan juga Aktif bersenam, kerja2 ringan yang dapat mengeluarkan peluh.
Secara amnya, tiada rawatan lain untuknya.
Mereka yang tidak menulis dan berkominikasi akan lebih mudah terkena strok dan pelupa
*Oleh itu, beringatlah wahai semua warga Emas & sahabat sahabat*
😀😀😀😀😀😀😀😀... sekadar share !!!!
Sumber info - Wasap Group
Semoga kita dpt amalkan dn sebar-sebarkan
Amin..Amin
Wassalam
16.02.2024
Di Surau Abu Bakar As Sidiq Tmn Lagenda Putra ,Kulai
Assalammualaikum.Semua
Catatan ringkas aje....
Peta Desaru ☝️dan kawasan sekitarnya serta lokasi pantai-pantai nya terutama mereka yg belum.biasa dgn tempat ni....😆
Ronda-ronda kami Tg Balau - Tg Lompat - Batu Layar
Di Tanjung Balau
11.2.2024 - Ahad
" Semoga Melihat Keindahan Ciptaan Allah
Medekatkan diri kita padaNya..Amin "
Salam Semua Bila aku dengar kisah ni ..agak pjg Dan lucu. Tapi byk pengajarannya.. Kisah seorg pemuda yg berusaha Cari jodoh... Nak tau ..tg...