Friday, 30 April 2021

" Nasihat Buat Setiap Diri "

 


Setelah meneliti koleksi buku-buku yg ada , terfikir mencatat petikan nasihat dari buku yg aku fikir bagus sekali isinya.

Ya..Tajuknya " NASIHAT BUAT SETIAP DIRI "

Beberapa nasihat yg bagus aku ringkaskan seperti berikut , semoga berfaedah kepada sesiapa yg baca blog ni.

1. Jibril berkata kepada Rasulullah

" Ya Rasulullah ! Sesungguhnya sebaik-baik tempat di muka bumi ini ialah masjid , sebaik-baik ahlinya ialah orang yang paling awal masuk dan paling akhir keluar ".

2. Dua perkara ,tidak ada yg lebih baik dari keduanya

a. Beriman kepada Allah

b. Memberi manafat kepada.orang lain.

3. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud

" Hendaklah kamu sentiasa berada di dalam majlis para ulamak dan mendengar kata-kata hukamah ,sesungguhnya Allah menghidupkan hati yg mati dengan cahaya hikmah seperti ia menghidupkan bumi yg mati dgn air hujan ".

4. Tanda-tanda kebahagian itu ada 4

a. Mengingati dosa-dosa yg lalu

b. Melupai kebaikan yg telah lepas

c. Melihat orang yg lebih baik tentang urusan akhiratnya.

d. Melihat orang yg kurang daripadanya tentang urusan dunia.

5. Dari Abdullah al Anthoki

" Ada 5 perkara yg menjadi ubat kepada hati

a. Bergaul dengan orang soleh

b. Membaca Al Quran

c. Mengosongkan perut

d. Qiamullail

e. Bermunajat dengan Allah pada waktu subuh."

Bersambung ....Wassalam

Thursday, 29 April 2021

Sempena Nuzul Al Quran

 


Sempena Nuzul Quran yg jatuh pada hari ini 29.4.2021 bersamaan 17 Ramadan 1442H  elok kita renung penghayatan kita dengan Al Quran

Elok kita tahu faedah baca Al Quran supaya dapat tingkatkan amalan membacanya.

Fadilat Membaca Al Quran

1. Ibadat yg utama dari segi bacaan.

2. Pahala membaca al Quran 1 huruf 10 kebajikan.

3. Pembaca al Quran adalah hartawan.Pahala membaca tak akan putus.

4. Keselamatan dari api neraka.

5. Mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama para Malikat.

6. Di hari kiamat al Quran jadi pembela.

7. Pembaca dapat keamanan

8. Pembaca dimasukan ke dlm golongan Siddiqin.

9. Membaca di rumah akan memberi cahaya kepada rumah itu.

10. Teman di alam kubur.

11. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

Sumber : Buku Amalan Harian Sepanjang Zaman oleh Al Utz Hj Ismail Kamus


Pelbagai Khasiat Pokok Herba

 



Gambar - Anak Pokok Tongkat Ali
Sumber - Goggle




Biodata Nabi Muhammad S.A.W



Satu risalah nota berkenaan Biodata Nabi Muhammad s.a.w yang aku simpan dlm koleksi nota-nota menghadiri kúliah agama.

Bagus utk di simpan utk rujukan kita.

Kalau susah baca ...guna teknik dibesarkan.
Boleh juga search goggle utk dapat biodata Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga berguna info ini.

Wednesday, 28 April 2021

Nasihat Buat Anak-Anak Ku

Salah satu tanggung jawab ibubapa tentulah perlu beri nasihat buat anak-anaknya.Lebih-lebih lagi dalam zaman mencabar seperti sekarang.


Apa nasihat yang sesuai buat anak-anak ku -Hanif ,Nazua,Faiz dan Hazim ?

1. Lakukan perintah Allah yang utama -Sembahyang dan perintah-perintah yang wajib dikerjakan.

2. Jaga hubungan baik dengan ibubapa, adik beradik , sanak saudara dan masyarakat.

3. Berusaha kearah hidup berdikari kerana begitulah kehendak kehidupan itu sendiri.

4. Bacalah Al Quran selalu , banyak fadilatnya.

5. Jika ada masalah hidup yang dihadapi...terutama yang sulit mohon atau berdoa kepada Allah minta dipermudahkan urusan tersebut.

6. Amalkan bersedekah.

7. Tanamkan habit menyimpan kerana kita tidak tahu keadaan masa depan kita.Berbelanja ikut keperluan lebih-lebih zaman sekarang.

8. Tingkatkan ilmu dengan pelbagi cara yang ada terutamanya ilmu agama.

" Ilmu Itu Penyuluh Kehidupan "

Hadiri majlis ilmu di mana-mana.

Rasanya memadailah sedikit nasihat ini..

Semoga bermanafat dan mendatangkan kebaikan.Amin





Dari Album Lama.....

Kenangan waktu anak-anak masing kecil





Kenangan berkelah di Air Terjun Kota Tinggi


Tak silap di Kuantan
Hari Keluarga Rikevita


Gambar zaman remajanya....
Terjumpa foto lama. !!


Tak ingat di mana ni...


Melihat Pameran Kapal Terbang
Di Air Port Senai

Bila sudah remaja macam ni...!!!
Alhamdulillah


 


 

Wednesday, 21 April 2021

Hari Jadi Isteri...2021

 SELAMAT HARI JADI KE - 57 TAHUN

Buat Isteri Ku Norizan

Semoga Allah Kurniakan

Kebaikan Dan Kesejahteraan Hidup

Di Dunia Dan Akhirat

Amin



Hadiah Hari Jadi
Daripada Hanif Dan Nazua


Terima Kasih 



Semoga Bersyukur Apa Yang Ada
Dan Terus Berusaha
Untuk Menjadi
Insan Yang Berjaya
Di Dunia Dan Akhirat
- Pesanan Dari Suami Mu

Amin


Terima Kasih
Buat Isteri Yang Berkorban 
Menjaga Anak-Anak Ku
Hingga Ke Saat Ini.

Al Fatihah Buat Arwah Anak Ku
Khairi Moga Rohnya Dicucuri Rahmat
Allah.

Amin ..Amin...Amin

Monday, 19 April 2021

Pengenalan

 Assalamualaikum Semua



Sekadar satu blog utk mencatat :

- Kenangan lama yg mengusik jiwa !

- Peristiwa semasa keluarga , aktiviti masyarakat setempat dan lain-lain

- Tip tip berguna atau pandangan peribadi

- Catatan dari bacaan buku , majlis ilmu dan lain-lain.

Semoga berfaedah.


Mohamed


Kisah Cari jodoh yg lucu...😄

Salam Semua Bila aku dengar kisah ni ..agak pjg Dan lucu. Tapi byk pengajarannya.. Kisah seorg pemuda yg berusaha Cari jodoh... Nak tau ..tg...