Wednesday 22 December 2021

Sekadar Luahan Pendapat - Persediaan Hadapi Banjir

 Assalammualaikum 

Bila tengok keadaan banjir di mana-mana teringin luahkan pendapat peribadi tentang persediaan hadapi banjir.

Sumber Foto : Wasap 

Secara ringkas persediaan menghadapi banjir terutama yg tinggal di kawasan yg selalu berlaku banjir , kawasan berhampiran sungai dan lain-lain yg berkemungkinan besar berlaku banjir.

1. Peringatan daripada Jabatan Metrologi perlu diambil perhatian dan persediaan.

2. Periksa semula jadual atau plan aktiviti keluarga ,bisnes dll..mungkin ada aktiviti yg boleh ditunda atau diubahsuai supaya risiko boleh dikurangkan.

3. Rancang plan keselamatan diri ,keluarga ,bisnes dan lain-lain.bagi kurangkan apa-apa risiko atau apa saje yg tidak diingini.

4. Sediakan stok bekalan makanan utk keluarga terutama makanan yg tidak perlu dimasak kerana ketika saat paling kritikal ia sangat perlu utk kelangsungan hidup.

- Tunai di tangan yg cukup , bimbang ATM tidak blh diguna ketika banjir !

5. Peralatan yg perlu ada ketika saat kritikal baik disediakan seperti

- Jaket keselamatan- 

- Baju hujan

- Tangga boleh pindah

- Sampan atau bot...

Dan lain-lain yg dirasakan perlu ketika saat kritikal

6. Dokumen keluarga simpan dalam bekas kedap air dan letak di tempat yg selamat dlm rumah.

7. Fikir cara selamatkan kenderaan

- Parking tempat yg selamat jika sempat.

Elok difikir macam mana selamatkan kereta atau kenderaan supaya tidak rosak teruk ketika ditengelami air.

Pembuat kereta atau pusat penyelidikan di U kenalah buat kajian tentang hal ni...

Perlu ada inovasi dlm masalah ni...

Contoh masalah yg boleh di kaji 

- Bagaimana elakan air tidak masuk dlm sistem enjin atau ruang duduk kereta ketika terendam dlm banjir ?

- Bagaimana kereta boleh bergerak dlm kedalaman banjir tertentu dgn lebih baik ?

- Walau terendam lama dlm banjir , kereta tersebut masih blh diguna dengan kerosakan paling minima. Bagai mana designnya ?

8. Dlm keadaan ada penduduk tinggal di bumbung rumah utk selamatkan diri ,elok para pereka bentuk rumah fikir bagimana bumbung rumah boleh dijadikan tempat sementara yg lebih selamat dan selesa sebelum.bantuan penyelamat tiba.

Contohnya 

- Bumbung yg landai

- Sokongan bumbung yg lebih kukuh utk bahan bumbung dan penghuni

- Tepian bumbung yg boleh dijadian pelindung drp jatuh

- Boleh di pasang pelindung hujan ketika diguna utk perlindungan sementara.

- Dan lain-lain kemudahan yg boleh difikirkan utk saat darurat. !!

Contohnya - bekalan air bersih drp hujan yg dikumpul di bumbung , sumber letrik sementara seperti generator , bot getah yg boleh diaktifkan dgn mengisi angin melalui generator dll.

9. Sempadan parit , tali air , lubang dan lain-lain struktur bahaya perlu di tanda dgn penanda yg jelas dan kukuh !.

Senang dikenalpasti tempat atau struktur yg bahaya ketika air naik dan banjir.

10. Komuniti setempat ,taman ,kampong dll perlu buat plan tindakan jika berlaku banjir di kawasan masing-masing.

Plan meliputi - ajk ,aset , sop , komunikasi dll.

11. Disebabkan kesan pemanasan global dan lain-lain faktor kawasan berisiko menghadapi banjir harus dikenalpasti berdasarkan kejadian banjir terkini yg luar biasa.

Kawasan tak mungkin banjir atau tak pernah banjir boleh jadi banjir. !!

12.Di kawasan di mana kenaikan air terlalu cepat hingga mungkin melepasi bumbung rumah menyediakan bot atau sampan pada pendpt saya - perlu dan patut.

Semua tindakan yg dinyatakan tadi tentulah sebagi usaha dan ikhtiar ..selebihnya tentulah tawakal kepada Allah sebgi pergantungan kita.

Sekadar luahan pendpt ...


Sudah ada pandangan dlm berita Astro Awani....






No comments:

Post a Comment

Majlis Walimatul Urus Di Bukit Gambir

 14 Sept 2024 Bermlm Di Homestay Di Kg Jarum Darat ..bagus homestay ni lengkap utk persingahan ke Majlis... Diucapkan terima Kasih kepada sa...