Tuesday, 14 September 2021

Jenis-Jenis Rezeki

Gambar - Wang salah satu rezeki.

4 JENIS REZKI KITA

Menjadi tanggungjawab kita untuk bersyukur di atas limpahan pelbagai nikmat rezeki kepada kita. Ada nikmat rezeki berbentuk harta benda, pangkat, kedudukan, kesihatan jasmani dan rohani, anak yang soleh, sahabat yang baik dan sebagainya. Namun adakah kita tahu apakah nikmat rezeki yang paling sempurna?

Syeikh Prof Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi berkata tentang kategori rezeki:

1. Harta adalah rezeki yang paling rendah. 

2. Kesihatan adalah rezeki yang paling tinggi. 

3. Anak yang soleh adalah rezeki yang paling utama. 

4. Redha Allah SWT adalah rezeki yang paling sempurna dan bernilai.

KETERANGAN

1. Harta adalah rezki paling rendah. Malangnya ramai manusia hanya mengejar rezeki paling rendah iaitu sentiasa disibukkan dengan harta dan tahta bagai  hingga tidak ada peruntukan  masa khas untuk Allah SWT sehingga menyebabkan kehidupan  jauh daripada redhaNya. Mengejar dunia tiada salah tetapi menjadikan dunia sebagai matlamat adalah salah. Dunia hanya alat. Akhirat adalah matlamat. 

2. Ada pun  rezeki yang paling tinggi adalah berbentuk kesihatan. Dengan kesihatan yang baik boleh digunakan untuk memperbanyakan amal ibadah dan kebaikan seperti membaca al-Quran, berzikir, berpuasa, membuat kerja2 kebajikan, membantu orang susah dan sebagainya. 

3. Sementara  rezeki yang paling utama berupa adalah  anak-anak yang soleh. Pahala akan berterusan diterima asbab amal soleh dan doa anak-anak yang soleh dan solehah natijah daripada pendidikan awal dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, akhlak mulia, amalan-amalan ibadat bagai dan sebagainya yang akan terus berkesinambungan meskipun kita sudah tiada.

4. Manakala rezeki yang paling  sempurna dan amat diperlukan  adalah mendapat keredhaan Allah SWT. Redha Allah SWT adalah sangat penting dan bernilai agar segala taubat dan amal  perbuatan yang dilakukan diterima sebagai amal soleh dan tidak sia-sia.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Robbanaa taqobbal minnaa innaka antassamii'ul 'aliim. 

Wa tubb 'alainaa innaka antattawwaa burrohiim

_"Ya Tuhan kami terimalah daripada amalan  dan  taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"_

(al- Baqarah: 127 dan 128).

No comments:

Post a Comment

Majlis Di Taska Cucu

Salam 24 Disember 2024 Di Majlis " Graduasi " Di Taskanya.....😃 " Sebahagian dari laluan hidup seorg cucu yg telah dilalui ....