Terasa rugi tak kumpul bhn-bhn untuk bantu anak-anak yg masih kecil belajar sembahyang...
Apa salah buat kita ulangkaji juga...!!!
😀
Untuk perempuan pula...
lihat video di bawah
Nota Ringkasan
Rukun Solat
Rukun Solat ada 13 iaitu
1. Berniat
2. Berdiri lurus bagi yg mampu.Kalau tidak mampu boleh duduk.Kalau tidak mampu duduk, maka bolehlah berbaring.
3. Membaca takbiratul Ihram
4. Membaca Al-Fatihah
5. Rukuk serta tuma'ninah ( berhenti sebentar ) padanya.
6. Iktidal ( bangkit dari rukuk) serta tuma'ninah padanya
7. Sujud serta tuma'ninah padanya.
8. Duduk antara dua sujud serta tuma'ninah padanya.
9. Duduk yang akhir
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca selawat atas Rasulullah s.a.w pada tahiyat yg akhir.
12. Salam yang pertama
13. Tertib - teratur mengerjakan menurut susunan di atas.
Rujukan : Ensaiklopedia Solat
No comments:
Post a Comment