Friday, 30 April 2021

" Nasihat Buat Setiap Diri "

 


Setelah meneliti koleksi buku-buku yg ada , terfikir mencatat petikan nasihat dari buku yg aku fikir bagus sekali isinya.

Ya..Tajuknya " NASIHAT BUAT SETIAP DIRI "

Beberapa nasihat yg bagus aku ringkaskan seperti berikut , semoga berfaedah kepada sesiapa yg baca blog ni.

1. Jibril berkata kepada Rasulullah

" Ya Rasulullah ! Sesungguhnya sebaik-baik tempat di muka bumi ini ialah masjid , sebaik-baik ahlinya ialah orang yang paling awal masuk dan paling akhir keluar ".

2. Dua perkara ,tidak ada yg lebih baik dari keduanya

a. Beriman kepada Allah

b. Memberi manafat kepada.orang lain.

3. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud

" Hendaklah kamu sentiasa berada di dalam majlis para ulamak dan mendengar kata-kata hukamah ,sesungguhnya Allah menghidupkan hati yg mati dengan cahaya hikmah seperti ia menghidupkan bumi yg mati dgn air hujan ".

4. Tanda-tanda kebahagian itu ada 4

a. Mengingati dosa-dosa yg lalu

b. Melupai kebaikan yg telah lepas

c. Melihat orang yg lebih baik tentang urusan akhiratnya.

d. Melihat orang yg kurang daripadanya tentang urusan dunia.

5. Dari Abdullah al Anthoki

" Ada 5 perkara yg menjadi ubat kepada hati

a. Bergaul dengan orang soleh

b. Membaca Al Quran

c. Mengosongkan perut

d. Qiamullail

e. Bermunajat dengan Allah pada waktu subuh."

Bersambung ....Wassalam

No comments:

Post a Comment

Majlis Di Taska Cucu

Salam 24 Disember 2024 Di Majlis " Graduasi " Di Taskanya.....😃 " Sebahagian dari laluan hidup seorg cucu yg telah dilalui ....