Thursday 28 April 2022

Info - Belajar Tajwid Al Quran

Gambar - Sekadar hiasan ,sumber Goggle

Semoga info berikut dpt membantu kita untuk belajar Al Quran.

Dan sebaiknya sambil berguru !!

1. https://islamika.com.my/2018/02/26/10-apps-yang-membantu-anda-belajar-tajwid-al-quran-dengan-mudah/

Sila klik link di atas ๐Ÿ–•.

2. Anda boleh download drp Goggle Play app berikut utk belajar asas Tajwid.

3. Untuk dapat guru mengajar secara online sila klik link berikut


Klik ๐Ÿ–•

Bersambung ..dlm proses pencarian info yg bagus ๐Ÿ˜€...!!

Tuesday 26 April 2022

Al Quran

 


Klik pada gambar Al Quran 
di atas ๐Ÿ–•untuk baca...

Mengandungi :

1. Bacaan oleh ramai Qari yg terkenal.


Sebhg drp Qari yg boleh didengar
bacaannya....

2. Terjemahan pelbagai bahasa utama di dunia.


Sebahagian drp bahasa terjemahan yg
digunakan dlm Al Quran ni...baguskan !

3. Boleh pilih surah dan ayat tertentu untuk dengar bacaannya.

4. Sesuai untuk periksa (check) bacaan kita.
Sebaiknya memang bergurulah.

Semoga Usaha Kita Belajar dan Membaca
Al Quran Di Berkati Allah

Amin..Amin


Cara menguna page Al Quran ini :

a. Jika anda klik page di bhg bawah akan keluar tanda arahan seperti di atas.

b. Tanda arah di kiri dan kanan page untuk buka page ke depan atau ke belakang.Di tengah muka surat.

c. Di bhg bawah ada info untuk daftar surah , tafsiran , terjemahan , bacaan dan setting


d. Jika klik bhg nama Qari akan ditunjukkan senarai Qari ,jadi pilihlah bacaan sapa yg kita nak dengar. Baguskan....!!!

e. Jika nak dengar bacaan surah dan ayat tertentu , cari surah tu dan klik pada bhg ayat yg kita nak dengar.

Coba tekan button/tanda arahan yg ada supaya paham cara guna app ini.

Semoga Berguna dan Berfaedah App Al Quran Ini..Amin




Sunday 24 April 2022

Faedah Buat Blog

Berikut beberapa faedah yg boleh kita dapat jika kita dapat membuat sesuatu blog.

1. Boleh guna utk simpan foto-foto lama kita buat kenang-kenangan.



Masa zmn dulu


Bila dh remaja dan dewasa ! heee

Contoh - simpan gbr lama anak-anak dll

2. Simpan Video peribadi ,keluarga dll


Contoh - saya buat video dari foto-foto lama.

3. Blog boleh guna utk kumpul bahan pendidikan utk anak-anak kita.

Contohnya - kita boleh kumpul U Tube yg mengandungi bhn pendidikan utk kanak-kanak.Jimat kos bhn utk ajar anak-anakkan,seperti link berikut


4. Tentu sekali sesuai utk saluran pengiklanan bisnes atau part time kita.

Contohnya..


5. Untuk simpan maklumat peribadi pun boleh sebab blog atau page yg kita buat boleh diset untuk kegunaan peribadi.

Orang lain tak boleh buka atau tengok.
Bestkan...

6. Boleh buat koleksi album perjlnan hidup kita dari tahun ke tahun.
Kita boleh buat dgn hpone kita saje atau lap top kitalah..

Contoh album maya saya, klik link di bwh ni


Ni saya buat guna hpone saje...!!! Senang kan..

7. Boleh save dlm blog info lain mcm - U Tube dan info lain secara copy paste.

8. Boleh jdi hobi yg menyeronokan dan menghiburkan hati...sebab dpt berkarya , 'taip' apa yg kita fikir..dll.Mencoba ilmu-ilmu baru dlm dunia Internet/IT..

9. Nak menyebarkan info atau ilmu kpd masyarakat sebgi dakwah atau beramal ?

Ya...blog memang sesuai !

10. Jika anda byk pengalaman kerja di mana-mana , blog sesuai utk anda guna utk sebarkan ilmu utk kegunaan sapa saje.

Tu pun satu ibadatkan...Tak sia-sia ilmu dan pengalaman anda !

Rasanya cukuplah 10 kebaikannya selebihnya blh fikir sendiri ya ...๐Ÿ˜€
 
Jika anda berminat utk buatkan blog utk tujuan peribadi ke , keluarga ke ...atau bisnes anda wasap saje.


Walau anda jauh ..di Perlis , Sabah...
di Mekah ke...atau di mna sajelah
Isha Allah boleh dibuatkan..

Terima Kasih



Saturday 23 April 2022

Peluang Pelaburan Untuk Akhirat

Assalammualaikum Semua

Terfikir utk mengumpulkan peluang-peluang untuk kita bersedekah ....tak de paksaan.

Masing-masing dh tau fadilat berwakaf dan bersedekahkan...

Ni semua urusan anda dgn Allah ya. !!!

************************************


  

 ***********************************


Lebih lanjut layari link berikut berkenaan Maahad Tahfiz ini

https://maahadtahfizdaruliman.com/order/form/8?fbclid=IwAR3FhqlBrQMsELhDcdS-Y_wugol9LskdMSrlU0_-GBMB_oBmOhGH1v-1lSs

   ***************************************

https://fb.watch/czUGgRrvOB/

Lebih lanjut sila klik link yg disertakan ๐Ÿ–•

******************************


Lebih lanjut berkenaan wakaf ini sila layari link berikut

https://www.facebook.com/448455205238904/posts/3895401497210907/

********************************

Friday 22 April 2022

Surau Abu Bakar As-Siddiq , Tmn Lagenda Putra,Kulai.

 


Sembahyang Jumaat ada dijalankan di surau ini ya....




Lokasi Surau di Goggle Map - Bertanda Merah tu ..!!!
Taklah jauh sgt drp Tol Kulai..


Keadaan surau yg sentiasa dijaga bersih...

๐Ÿ˜€๐Ÿ‘

to

Suasana semasa sembahyang jumaat....


Dewan Terbuka penduduk dan
boleh di sewa untuk kegunaan majlis seperti
majlis perkahwinan dll.


Dewan Komuniti untuk kegunaan penduduk


Video secara ringkas persekitarannya...

Sekiranya anda dlm.perjalanan di highway plus bolehlah singgah untuk tunaikan kewajipan sembahyang waktu...


Kemudahan lain di kawasan taman ini seperti kedai makan , stesyen minyak , kedai runcit ,bengkel motor ,bengkel kereta , KFC , kemudahan hotel pun ada ....

Oh ya...Supermarket LOTUS pun ada tak jauh dari tempat ni..

Semoga bermanafat info ini...kepada sapa-sapalah...yg melalui area ni...

Aktiviti Terkini Di Surau Ini




Nasi Beriyani Kambing....!!!

Semoga Ibadat Puasa Kita

Diterima Allah...Amin

Suasana Tarawih di bulan Ramadan..

Malam di bulan Ramadan yg penuh berkat..






Sunday 17 April 2022

Hari Jadi...Faiz dan Nazua

Sambut Hari Jadi

Faiz dan Nazua serentak 15.4.2022

Moga Bahagia Di Dunia dan Akhirat

Selain tu berjaya dalam kerjaya masing-masing...

Amin


Yang ke 26 th

Dan pada masa yg sama

Kali pertama dapat sambut berbuka puasa dengan menantu selama hidupku ni..

Maknanya hari bermakna lahhh..

Tahun lepas tak merasa sebab PKP lagi...

Ucapan drp Hanif....

Amin

Friday 15 April 2022

Bubur Lambuk Di Surau Tmn Lagenda Putra

 


Teringat masa ' rewang (gotong royong)'
di kampong masa kecil dulu....








Siap bubur lambok yg dah di pack 
untuk diagih-agihkan kpd penduduk...

Pada 15.4.2022 Surau Tmn Lagenda Putra Kulai mengadakan aktiviti membuat bubur lambok utk penduduknya..

Seronok dan mangkin meriah suasana puasa tahun ni selepas hampir setahun lebih covid 19 melanda...

Aku tolonglah apa yg patutkan.. ๐Ÿ˜€

Semoga diberkati Allah ...Amin

Aku sertakan video cara buat bubur lambuk dari sumber U Tube ya...

Selamat Berpuasa Moga 

Ibadat Kita Diterima Allah...Amin

Bubur Lambok Kg Baru KL

Sumber : U Tube

Thursday 14 April 2022

Nasihat Ringkas Buat Anak-Anak..


Gambar - Sekdr Hiasan
Sumber : Internet

1. Agama

- Sembahyang waktu jgn tinggal.
- Amalkan bersedekah , kerana byk fadilatnya.
- Amalkan baca Al Quran selalu.

2. Keluarga

- Jaga hubungan baik dgn ibubapa, adik beradik, sanak saudara ,rkn-rkn ,jiran dan masyarakat.

3. Kewangan

-  Amalkan membuat simpanan utk keperluan mendesak dll.
-  Untuk selesa kemana saje....

4. Kerjaya

- Buat tugasan dgn berkualiti dlm masa yg diperuntukan.


Gambar : Sumber Internet

5. Melancong

-  Sesekali berjln-jln ke mana-mana utk rehatkan minda dan memikirkan kebesaran Allah.

6. Rumah atau tempat tinggal

-  Selalu bersihkan dan kemas !

7. Ilmu Agama

- Cari jln hadir kelas agama di mna-mna utk tambahkan ilmu.

8. Ada masalah

- Selesaikan satu persatu
- Jika buntu..berdoa kpd Allah minta petunjuk.

9. IT

- Pengetahuan IT mangkin lama mangkin perlu utk keperluan hidup dan kerja.
- Jadi kena improve selalu ....

10. Fb dan lain-lain media sosial

- Kandungannya ada baik dan ada buruk....!
- Paling penting control guna....utk kebaikan.

11. Hpone

- Satu keperluan yg penting tetapi perlu di guna utk kebaikan.
- Ada baik dan ada buruknya juga...

12. Bila Memandu

- Fokus !

13. Dakwah

- Sebarkan apa-apa yg berfaedah utk dunia dan akhirat.
- Kita selalu dengar " sampaikan walau satu ayat......"

14. Nak tambah pendapatan

- Banyak peluang , dihujung jari anda !!

Fikir-fikirkan...semoga berfaedah .Amin

Drp 

Mohamed
Tmn Lagenda
Kulai




Saturday 9 April 2022

Turutan Catatan Blog-Blog Ku

Terfikir untuk menyusun blog-blog yang aku buat sepjg menjalani hidup ni..disusun mengikut "masa" di buat.Mudah untuk tengok peristiwa yg dilalui dlm tempoh masa tukan....

1. Album 1 ( March 2012 - Dec. 2012)

http://mohdiza.blogspot.com

2. Album 2 ( Mei 2012 - Julai 2012)

http://albumpelbagai.blogspot.com

3. Album 6 ( Sept 2013 - Jan 2014)

http://kisahtapakbina.blogspot.com

4. Album 5 ( Sept 2015 - Feb 2017 )

http://catatanutkdikongsi.blogspot.com

5. Album 3 ( Sept 2017 - Jan 2019. )

http://kumpulfotofoto.blogspot.com

6. Keluarga Bonda ( April 2019 - Jun 2019 )

http://anakanakbonda.blogspot.com

7. Keluarga Mertua - Segamat ( Mei 2019 - Jun 2019 )

http://ibubapamertuaku.blogspot.com

8. Album 4 ( March 2019 - Julai 2020 )

http://goodpicture9.blogspot.com

9. Album 7 ( April 2021 - Sekarang ! )

http://catatan2021ku.blogspot.com

" Gambar-Gambar Menceritakan Jalan Hidup Yang Kita Lalui "










Majlis Walimatul Urus Di Bukit Gambir

 14 Sept 2024 Bermlm Di Homestay Di Kg Jarum Darat ..bagus homestay ni lengkap utk persingahan ke Majlis... Diucapkan terima Kasih kepada sa...