Thursday 24 March 2022

Rawatan Untuk Covid 19

 Dua Makanan Tambahan Yang Baik

Untuk Membantu Rawatan Jangkitan Covid



Pelbagai Vitamin

Lebih Lanjut Layari



****************************


Klik pada gambar 🖕utk info lanjut
fadilat Habbacus Sauda

Habbatus Sauda 100 % Asli

Diluluskan Oleh KKM


Semoga Berguna Info Ini

Nota

Ini adalah sebagai USAHA DAN IKHTIAR kita dalam merawat jangkitan covid.

Ada beberapa tip lain yg biasa kita dengar utk rawatannya.

Ini lebih kepada perkongsian info utk kebaikan bersama...

Wassalam


Tuesday 15 March 2022

Tip Bagus : Bangun Jika Gagal

Sumber : Fb...bukan catatan saya ya...untuk dikongsi mna yg bagus !

Gambar Sekdr Hiasan Sajee....

BAGAIMANA MAHU BANGKIT DARI JATUH YANG PANJANG?

Saya bukan pakar motivasi. Guru penyuntik semangat pun tidak. Cuma, sosok picisan di antara berjuta yang diuji Tuhan. 

Sesuai dengan roh bersyukur menerima segala lontaran ujian dari Tuhan, dari kaca mata kita samada molek atau jelek, kita harus menggenggam erat dengan kedua tangan. Tanpa sekelumit rungutan. 

Soalan di atas saya kerap ditanya. 

Tiada formula rigid yang sesuai untuk semua. Setiap manusia memberi respon kepada bala ujian dengan reaksi berbeda. 

Tiada insan yang mahu kekal murung selama-lamanya. Ramai mahu bingkas bangun segera. 

Yang mahu tetapi tidak tahu kaedah, ada. Yang mahu dan tahu tetapi malas bermujahadah, pun ada. Yang tidak mahu bangun lalu mengalah menunggu mati, ramai juga. 

Kalau anda mahu bangun semula, segera, dari jatuh yang panjang, sambung membaca. 

Maaf jika tulisan ini terhidu klise. Saya menulis bukan dari andaian dan konsep hipotetikal, tetapi dari pengalaman hidup berharga. Ini bukan cedokan dari buku atau cakap-cakap pendita dari gua. 

Pernah kata guru, bagaimana kamu kepingin membantu manusia susah sedangkan kamu sentiasa senang dan mewah?

Orang kaya tak faham erti merempat tiada pilihan. Orang sihat mananya tahu perit menanggung sakit. 

Mahu menanam padi harus terjun ke bendang. Biar dibaham pacat dan lintah. Biar tubuh busuk dilapah lumpur terbiar kering. 

Apabila bercerita nanti, barulah dramatik berperisa. Tak adalah berbunyi mitos membawa reaksi pembaca; biar betul…….

1) MENERIMA KENYATAAN. 

Jangan hidup dalam penafian. Do not live in denial. Mengakulah dengan rela tanpa dipaksa-paksa, yaaaa, aku memang di dalam krisis. 

Paling cantik jika penerimaan ini tiba sebelum krisis menjadi parah. 

Jual segala harta yang tidak perlu. Minimaliskan hidup. Kurangkan belanja lagha. 

It is OK to temporarily downgrade your lifestyle. Nobody is judging. In fact, nobody notices.

2) KENAL PASTI PUNCA KRISIS. 

Apa yang membawa aku ke sini? 

Gagal bisnes? 

Kenapa?

Ditipu? 

Terlebih mempercayai orang? 

Salah manhaj? 

Terlalu naif? 

Kecacatan ilmu teknikal? 

Apa?

Akhir sekali, semuanya (lazim) membawa kepada salah diri sendiri - gopoh membuat keputusan.

Mengenal pasti khilaf lampau mampu menghalang silap masa hadapan. Bosanlah jika asyik mengulang kesalahan yang sama ibarat kita bebal gagal dididik oleh pengalaman. 

To err is human. To err again and again is stupid. 

3) MENERIMA KAWALAN. 

Be in control. Kita bukan mangsa. Kita pelakar takdir sendiri. 

Life happens FOR me, not TO me. 

4)SELARAS MINDA, JAGA KESIHATAN. 

Buang murung jauh-jauh. 

Untuk “bekerja” kita bukan hanya berkehendak kepada minda dan psikologi cergas tetapi juga kesihatan optimum. Jatuh sakit, semua tergendala sekali. 

Afirmasi untuk bikin-sampai-jadi. Semuanya berbekal kegagahan mental, bukan hanya fizikal. 

Aku mahu berubah, tanpa kompromi. Aku berhenti bila jadi, bukan kerana letih. 

5)MATLAMAT  DAN TUJUAN HIDUP. 

This is your biggest reason why you would want to do the things you are about to do. 

Tujuan hidup akan menjadi pemacu kepada kita untuk persisten jika bertemu siri-siri gagal kecil lalu kita jelas dengan soalan paling besar - KENAPA AKU BERSEDIA BERGELUT SUSAH-SEMENTARA UNTUK SENANG-KEKAL INI?? 

Orang yang tiada tujuan, mereka mudah berhenti ketika penat geli-geli. Tiada fitness minda. 

Sukses dan gagal meninggalkan klu belaka. Semua berlaku bukan di atas faktor tuah, nasib dan tiba-tiba. Sukses dan gagal adalah proses yang mengambil masa. 

Ada orang bangunnya segera. Ada yang tertunggak lama. 

Kenapa? Keserasian usaha. Hak manusia berusaha. Hak Tuhan memberi hasil. Jangan buat kerja Tuhan.

Semua di atas ini adalah persediaan mental (mental readiness) dan penyelarasan minda (mind conditioning). 

Yang menghalang manusia berubah bukannya sumber (wang, teknikal, masa, usaha, jaringan atau peluang), tetapi, KEKUATAN MINDA dan KECEKALAN HATI. 

Dua subjek ini adalah variabel paling besar. 

Selepas bersedia dari segi mental baharu lah sambung proses di bawah. 



1) KENAL PASTI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI. 

Ada orang memang petah dan sesuai dengan kerja jualan (salesmanship). 

Ada orang cekap mengurus dan teliti dengan kira-kira. 

Kebijaksanaan akademik, atau 

kebijaksanaan komunikasi, atau 

kebijaksanaan interpersonal, atau 

kebijaksanaan kraftangan, atau 

kebijaksanaan spatial, atau 

kebijaksanaan kejuruteraan, atau

kebijaksanaan kesenian (art), atau

kebijaksanaan matematik dan logika. 

Kita bakat semulajadi dan kecenderungan kerjayanya apa? 

Jika mahu terjun ke bidang baru, cari mentor dan belajar. Proses sukses akan terlebih panjang. Itu saja. Tetapi jika memuaskan, bikin sampai jadi!

Jika serasi di dalam bidang automotif, ubah hidup di dalam industri spesifik tertentu itu. Bakat itu anugerah Tuhan. Jangan salah memilih kerjaya. 

Jika kebijaksanaan kita terletak di interpersonal, jangan menjadi mekanik yang memerlukan kebijaksanaan spatial dan kraftangan. Jadi pegawai PR atau salesman atau jururunding. 

Jika bijak berkomunikasi dan petah sebagai linguis - mengajar dan menulis. 

Mungkin jika saya kekal di dalam industri automotif atau kembali ke alam perbankan setelah bisnes gagal pada tahun 2007 dahulu, tempoh bangkit saya lebih pantas kurang sakitnya, mungkin?

Do what you are born to do best. Do not do other people’s job. 

Jika tak tahu, cari. Mungkin setelah mencuba menjadi salesman, atau menjadi pegawai akaun, atau membuka gerai di jalan, atau menjadi vlogger di media - setelah berbagai kerjaya dicuba kita akan serasi dengan salah satunya. Kekal berada di situ. 

Yang penting - BERMULA. 

2)BERMULA SEGERA. 

Buang prosktastinasi sifat gemar bertangguhan. 

Jangan tunggu masa yang sesuai. Tak wujud. 

The most suitable time is NOW, not later. 

3) PERLU MENTOR? 

Cari orang baik sifat dan teknikal sebagai guru atau penasihat untuk mempercepatkan proses bangun-semula. Tak perlu ramai kerana dikhuatiri manhaj berbeza-beza hingga membingungkan.


4)  PERKASAKAN DIRI DENGAN ILMU DAN SENI KONTEMPORARI. 

Hidup berevolusi dan kadangkala aplikasi bisnes kuno sudah tidak relevan di zaman IR4.0. 

5) KONSISTEN

Setiap hari afirmasi dengan tujun hidup supaya ada mental fitness tidak mudah mengalah. 

You stop when you are done. Not because you are tired. 

Buat, gagal. Buat lagi. Gagal lagi. Bangun semula. Buat baru sampai jadi. 

Apa? Kamu ingat Tuhan tidak menilai usaha keras kamu?

Ahhhh klise lah. Macam novel motivasi atau movie rekayasa penyedap selera. 

Cakap mudah. Buatnya payah. 

Saya tak nafikan faktor ini. Ramai sekadar berkomen tanpa kesanggupan untuk berbuat kerja-kerja rumit dan susah. 

Jangan juga sinis menempelak - lu apa tau?

Sebab, saya memang tau. 

Hidup ini tanggungjawab sendiri. Dunia tidak terhutang budi dengan kamu. Kamu lapar pun tidak dijamu. Jika berhutang, tiada bantuan kredit tambahan untuk menimbus hutang-hutang lama. 

Cari jalan dan solusi untuk menambah nilai diri kerana pelaburan terbaik adalah ke atas diri sendiri. 

You are your best investment. 

Penulis :

Irwan Sanei

Tweak Automotive


Cosworth Malaysia

Tweak Lamborghini


Imej 2012 rasanya. Ketika buntu, saya ke padang workout sambil membiarkan otak membina strategi untuk menyerang-hendap semula. Tembok mental adalah halangan untuk manusia berubah. Kita musuh diri sendiri, bukan faktor luar.

Tukar Angin....!

Sesekali nak rasa duduk lama sikit kat rmh anak

 6 - 11 March 2022

Ronda-rondalah sekitarnya...






Sekdr suka-suka klik di bwh nk tgk sekitarnya


Klik 🖕



Ada kedai jual mknan Sunnah...bagus ni


Habbacus Sauda..bagus dimkn ketika wabak covid utk tingkatkan imunasi bdn

Terima Kasih Anep dan Nazua 
kerana prihatin

Moga Diberkati Allah

Amin.....Amin






Majlis Walimatul Urus Di Bukit Gambir

 14 Sept 2024 Bermlm Di Homestay Di Kg Jarum Darat ..bagus homestay ni lengkap utk persingahan ke Majlis... Diucapkan terima Kasih kepada sa...