Salah satu tanggung jawab ibubapa tentulah perlu beri nasihat buat anak-anaknya.Lebih-lebih lagi dalam zaman mencabar seperti sekarang.
Apa nasihat yang sesuai buat anak-anak ku -Hanif ,Nazua,Faiz dan Hazim ?
1. Lakukan perintah Allah yang utama -Sembahyang dan perintah-perintah yang wajib dikerjakan.
2. Jaga hubungan baik dengan ibubapa, adik beradik , sanak saudara dan masyarakat.
3. Berusaha kearah hidup berdikari kerana begitulah kehendak kehidupan itu sendiri.
4. Bacalah Al Quran selalu , banyak fadilatnya.
5. Jika ada masalah hidup yang dihadapi...terutama yang sulit mohon atau berdoa kepada Allah minta dipermudahkan urusan tersebut.
6. Amalkan bersedekah.
7. Tanamkan habit menyimpan kerana kita tidak tahu keadaan masa depan kita.Berbelanja ikut keperluan lebih-lebih zaman sekarang.
8. Tingkatkan ilmu dengan pelbagi cara yang ada terutamanya ilmu agama.
" Ilmu Itu Penyuluh Kehidupan "
Hadiri majlis ilmu di mana-mana.
Rasanya memadailah sedikit nasihat ini..
Semoga bermanafat dan mendatangkan kebaikan.Amin
No comments:
Post a Comment